Setelah keluar hospital, masih lagi bergantung pada
ubat untuk menggelakkan muntah yang
teruk nie. Sekarang berehat di rumah adik, tekak masih lagi rasa payau yang
melampau, makan minum semua rasa tak berapa nak lalu, paksa makan sikit2 demi
untuk baby ini. Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini...sembuhkan semua sakit
hamba-Mu ini...Amin...
Saturday, 31 December 2011
Masuk hospital lagi...
19 Dis
11 ( Isnin )
Alahan yang teruk, langsung x boleh makan, berat
dah turun 9 kilo. Call Doc, dia minta masuk wad sbb langsung x boleh makan dan
minum. 6 hari di hospital, 12 botol air masuk dalam badan nie. Ya Allah,
kuatkan semangat hamba-Mu ini....
Kos Rawatan : RM 2, 230.00
Temu janji 12
13 Dis
11 ( Selasa )
Memang alahan makin teruk, blog pun lama x updated,
tak boleh ngadap notebook nie. Doktor minta rehat banyak2 sbb risiko pendarahan mungkin berlaku lagi.
Kos :
i.
Rundingan - RM 40.00
ii.
Scan - RM 50.00
iii.
Ubat - RM 13.40
iv.
Test - RM 6.00
Total RM 109.40
Temu janji 10
29 Nov
11 ( Selasa )
Memang alahan makin teruk, blog pun lama x updated,
tak boleh ngadap notebook nie. Doktor minta rehat banyak2 sbb risiko pendarahan mungkin berlaku lagi, dibekalkan
lagi standby ubat untuk suntikan.
Kos :
i.
Rundingan - RM 40.00
ii.
Scan - RM 50.00
iii.
Ubat - RM 339.00
Total RM 429.00
Masuk Wad
22 Nov
11 ( Selasa )
Pukul 11 malam, seblm nak masuk ubat Cyclogest,
muntah teruk sampai terasa ada air mengalir ingat ke terkencing sbb teruk amat
muntah. Ya Allah tengok2 darah yang mengalir. Sapu dengan tisu, ada ketulan
daging terkeluar, Ya Allah kenapa nie, perkara buruk menghantui diri. Emak panggil
hubby, siap2 nak ke klinik, hanya air mata menitis dalam perjalanan ke klinik.
Dah tutup klinik, kami terus ke hospital, bahagian kecemasan. Setelah
pemeriksaan diminta masuk wad untuk pemeriksaan doctor pakar. Aku ditahan wad
selama seminggu di sini, keluar wad 28 Nov. Ya Allah, kuat dugaan nie, tabahkan hati hamba-Mu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)