Sunday 30 October 2011

Gabra...

30 Oktober 2011 ( ahad )

Semlm sikit haru, ada darah keluar, gabra jap. Call TMC, standby suntikan ke klinik/hospital andai kata keluar darah spt period. Alhamdulillah tiada spt yg ditakutkan terjadi...hubby blk teman bimbang jadi apa2 mlm tadi...
Download youtube “9 month in the womb”...mengalir air mata tgk...nak download satu, kenapa lah yg lain2 nie termasuk lak...hihihi...

Friday 21 October 2011

Sembelit...

21 Oktober 2011 ( jumaat )

Kerisauan tentang sakit susah buang air besar “sembelit” semakin menghantui, mkn pisang, minum air masak  banyak2 pun masih belum berkesan. Apa cara lagi utk mengubati sembelit ketika hamil ini...slps OPU hingga kini masih tiada tanda-tanda makin berkurangan sakit nie...

Thursday 20 October 2011

Alhamdulillah...

20 Oktober 2011 ( khamis )

Alhamdulillah, dah buat sujud syukur sebagaimana saranan Sweet my friends dr forum ivf. Thanks you for all my friend dr forum ini yg byk bg nasihat, dorangan dan panduan. Kalian lah insan paling memahami, yg masih under treatment, don’t give up yea...teruskan usaha, Insya Allah, Allah Maha Pengasih dan Penyayang...
Buat family tersayang, mak, akak, abg, adik, anak sedara, especially my hubby, thanks you atas doa dan sokongan selama ini. Love you all...
Nak update ubat2 dan perkara penting sepanjang tempoh ini dan penantian 1hb yg mendebarkan, berapakah baby yg sempurna...Insya Allah semuanya akan sempurna, sihat dan membesar dgn baik...
AIR MASAK ( WAJIB )
ASID FOLIC
ENFA MAMA
LACULOSE ( SEMBELIT ) 

PROLUTION ( STANDBY )

Tuesday 18 October 2011

Temu janji 7 - Result

18 Oktober 2011 ( selasa )

Kul 9 pg nak bertolak ke TMC, tiba-tiba phone berbunyi, alamak, call dr TMC, hati dah mula berdebar2...kenapa nie?????????? Suara Vani bertanya akak dah bertolak ke blm? Sampai kul berapa? Ubat pg nie jgn lupa pakai. Kenapa nie?????????? Ada berita baik kak, kami br dapat keputusan darah. Alhamdulillah, suka2 tu jer ayat yg keluar dari mulut aku nie. Kereta tak bergerak, hubby pandang aku mcm2 agaknyer yg dia piker kenapa lak aku suka semcm. Lepas perbualan aku cete pdnya, suka dia, penantian 7 tahun kami dimakbulkan Allah SWT. Dlm perjlnan hanya senyum dan rasa syukur terucap.
Sampai di TMC, 3 org staff TMC tersenyum penuh bermakna, aku masuk jer, dia org dah sakat, senyum aku dia org kata lain mcm, mmg lah, siapa lah tak suka dpt khabar gembira nie. Tunggu Doc tiba, 10 minit seblm kul 11 pg Doc tiba. Tak lama kemudian nama aku dipanggil, kebetulan tiada org lagi pg tu. Doc dah tersenyum, dia suruh dok dekat dia, mmg ada kerusi bersebelahan dia. Dia ucapkan tahniah, terkeluar dr mulut aku Alhamdulillah Ya Allah.

Doc bagi ubat Cyclogest lg, Asid Folic, sampel susu ibu, dia minta aku start minum susu ibu, baik kandungannya. Sampel susu Enfa Mama, aku kurang sikit sbb pernah try jenama nie...tp perisa coklat yg dikasi, try je lah...Doc kasi aku MC 2 minggu, 1hb Nov nie jumpa blk utk scan berapa baby yg jadi...nie pun buat aku berdebar nie...
Kos hari nie, termasuk simpanan embrio utk 3 bln nie....fuh...kena bayar blk fee jumpa Doc...

Kos :

i.             Kos Rundingan                      - RM     40.00

ii.           Scan Perut                            - RM     50.00

iii.         Ubat                                    - RM    497.00

iv.          Kos simpan 3 Embrio            - RM   1,236.00

Total                                RM 1,823.00

Monday 17 October 2011

Debaran...

17 Oktober 2011 ( isnin )

Lama dah tak menulis dlm blog nie, tiada apa-apa perkembangan terkini. Hari nie ambik darah, esok akan dapat result. Berdebar-debar gak hati nie, mcm2 perasaan yg mendatang setlh melalui pengalaman 2WW yg penuh dugaan dan ujian. Cuma sikit kebimbangan ada cecair dgn darah keluar tp bkn dlm kuantiti yg byk, tp rasa tak senang timbul gak. Moga direstui usaha hamba-Mu ini Ya Rabb...

Wednesday 12 October 2011

ET-9

12 Oktober 2011 ( rabu )

Mlm semlm perut rasa tak selesa, berapa kali terjaga, mmg semenjak ET nie kerap terjaga mlm, sakit pinggang pun yea, kena beralih2 tempat. My mom suarakan hasrat nak ke Masjid subuh2, tiada hal mak, tp berat hati dia nak tinggalkan anak dia nie, takut sakit tiba2...sian mak, terhalang lak dia nak beribadat...ingat dlm bln nie stay di sini, kalau ok, blh lah blk rumah sendiri bln dpn...

Tuesday 11 October 2011

Alhamdulillah - ET (8)

11 Oktober 2011 ( selasa )

Semlm mak dan ayah mertua melawat, riuh jap lah rumah, biasa lah mak mertuaku...hihihi...Alhamdulillah semlm dpt tido tanpa rasa sakit, cuma terbangun sbb nak buang air kecik, skrg bila nak terbuang, tak blh tahan-tahan dah...ubat cyclogest nie sokongan untuk rahim, masuk tiap2 hari 2 kali, 11 pg dan 11 mlm pastu kena baring 2 jam, seksa tahan nak buang air...hihihi....
CYCLOGEST

 

Monday 10 October 2011

Dugaan

10 Oktober 2011 ( isnin )

Kul 3 pg, sakit dtg lg, terpaksa tido duduk bersandar ke dinding, dlm menahan sakit, terlena jua akhirnya. Bangun solat Subuh, terasa sakit semula, minum oat, pastu mkn ubat angin yg disarankan Doc. Sembelit pun mkn teruk......dugaaan..redha...Hari nie ke-7..detik2 2WW yg mendebarkan...
UBAT SEMBELIT

Sunday 9 October 2011

Alhamdulillah

09 Oktober 2011 ( ahad )

Alhamdulillah, awal pg nie walaupun tak lena tido sbb sakit akibat kesan suntikan tu, namun kesakitan tu blh lg ditanggung, tak perlu bangunkan mak, sian mak semlm tak boleh tido lena, biar hari nie dia tido lena...

Effect Pregnly Ejection

08 Oktober 2011 ( sabtu )
 
Kul 2.30 pagi, tiba-tiba rasa sakit yang amat, Ya Allah, sesak nafas, angin, kembung, termuntah-muntah, rasa lembik macam nak pengsan dah...sian mak, sakit sampai kul 4 pagi, dalam kul 5 pagi br terlena. Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui tiap sesuatu. Pg tu kul 8 call hubby, hubby maklum akan blk dan bincang hal nie. Bincang ngan hubby, call TMC, doc suruh continue gak ejection pregnly, adoi rasa tak sanggup dah, ada 2 lagi suntikan Isnin dan Khamis nie...

PREGNLY

Friday 7 October 2011

Cara Suntikan

07 Oktober 2011 ( jumaat )

Hari nie start suntikan Pregnyl 50iu, 3 hari sekali, pedih ubat nie..cara-cara suntik seperti di bawah buat tatapan semua...


CARA SUNTIKAN


Sebelum suntikan nie, dalam 7 pagi terkena lagi serangan angin, kembung, sesak nafas macam semalam. Ya Allah, berikan hamba-Mu ini kekuatan..

Thursday 6 October 2011

Kembong Perut

6 Oktober 2011 ( khamis )

Kul 4 pagi perut rasa sakit yg amat, tak blh bergerak langsung, kembung semcm, maybe effect ubat suntikan tu. Tak tahan menanggung sakit panggil mak, sian mak tak tahu nak buat apa. Lepas muntah rasa lega, terus mandi, masuk waktu subuh, terus solat dan berehat. Ya Allah, moga diberi kekuatan pd hamba-Mu ini

Wednesday 5 October 2011

Temu janji 6 ( ET )

04 Oktober 2011 ( selasa )

Hari nie ET, berdebar-debar rasannya. Kul 11.20 bertolak ke TMC dgn hubby serta temannya. Hubby demam lak, jadi temannya drive. 11.45 jumpa doctor, maklum result OPU. 12 telur diambil, 10 telur ok, setelah disenyawakan, 8 yang jadi, namun 6 yang berkualiti. 3 akan ditransfer dan 3 disimpan. Doc terangkan risiko2 kalau jadi kembar, tandatangan, selepas  tu tukar baju utk ke bilik khas. Dalam kul 12 t/hari masuk bilik, staff2 TMC buat persediaan, kena cuci lebih sikit, ada kesan darah beku, effect prosedur OPU, patut laah sakit amat, setelah selesai doc dipanggil. Berdebar2 semasa proses ini, hanya doa kpd Yang Esa....

Kul 12.30 prosedur selesai, kena rehat sejam dlm bilik tu. Slps sejam dipindahkan ke katil dan rehat sejam lg. Dalam kul 2.30 hubby dtg, ada lg ubat suntikan pregnly dan ubat Cyclogest utk kuatkan dalaman rahim. Ambik darah 17hb Okt, 18hb Okt jumpa doc semula.

          Kos :

i.             ICSI                                      - RM 1,000.00

ii.           Ubat                                    - RM    400.00

iii.         Test Darah                           - RM     100.00

Total                                RM 1,500.00

Tuesday 4 October 2011

Debaran ET

04 Oktober 2011 ( selasa )

Alhamdulillah, malam tadi boleh tido lena, terima kasih member2 di forum IVF yang bagi petua untuk hilangkan kesan selepas OPU. Pukul 11 pg akan ke TMC, dalam kul 11.30 pg akan buat ET. Semoga semuanya akan dipermudahkan. Doa2 dari ahli keluarga dan teman-teman, Insya Allah semuannya akan berjalan dengan baik.

Jadual ET


Dapat call dari TMC, ET dipercepatkan kul 11 pagi lak.....berdebar-debar nie....

Sunday 2 October 2011

Berdebar-debar

03 Oktober 2011 ( isnin )

Alhamdulillah malam tadi boleh lah tido lena sikit. Darah ada sikit-sikit keluar, lepas breakfast, ngadap blog dan berdebar-debar menanti ET esok kul 1 ptg...



Sakit lagi

02 Oktober 2011 ( ahad )

Sakit lagi perut nie, darah pun masih keluar lagi. Doc ada bekalkan ubat Cyclogest 400mg, masuk di vagina kul 11 pagi dan 11 malam sehingga lah last pada 11 pagi 4 Okt 2011. Pernah terbaca makan putih telur untuk kurangkan sakit, makan lah 2 biji pada hari nie...terima kasih mak temankan anak mak nie..Nie kesan suntikan sepanjang sebulan lebih hadapi treatment nie. My hubby yg suntik, sbb aku mmg penakut ngan jarum nie..ngeri....


KESAN SUNTIKAN


Temu janji 5 ( OPU )

01 Oktober 2011 ( sabtu )

5 minit sebelum kul 11 pagi, Vani call tanya di mana? Nak pastikan sampai tepat pada masanya. Kul 11 pagi sampai di TMC, disediakan bilik utk persediaan OPU, tukar pakaian yang disediakan. Hubby serahkan semen kul 11.30 pagi. Kul 12.15, masuk jarum dan dibawa ke bilik khas untuk prosedur OPU. Dr. Nur, mulakan dengan kalimah Bismilahhirrahmahnirrahim......pastu diusap-usapkan tanganku, kemudian aku terlena, tak sedar...

Entah mcm mana aku boleh sedar, OPU sedang dijalankan, adoi sakitnyer tapi mata tetap  terpejam dan suara pun tak terkeluar. Kul 2.30 petang aku dipindahkan ke bilik untuk berehat, kemudian hubby dan mak datang, tak lama aku terlena. Kul 5 ptg terjaga, rasa pening2 sikit, call hubby untuk datang. Kul 5.30 blk berehat di homestay yang dicari sebelum ini. Ya Allah, malam tu tak boleh tido, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

          Kos :

i.             Rawatan IVF                         - RM 4,000.00

Total                             RM 4,000.00
MENU SLPS OPU


Temu janji 4

27 September 2011 ( selasa )

Doc scan seperti biasa, ada 14 folikel, 10 di sebelah kanan dan 4 di sebelah kiri. Doc kasi prosedur rawatan utk persediaan Oocyte Pick Up ( OPU ) pada 1 Oktober 2011 nie.
i.             29 Sept 2011 – 7 pagi continue Buserelin ( 0.1ml ), Puregon ( 150iu ), 12 malam ovidrel 6500 iu.

ii.           30 Sept 2011 – 11 malam, last makan dan minum, kena puasa. Makan 2 pil Dulcolax.

iii.         1 Okt 2011 – 11.15 pagi kena sampai klinik, 11.30  pagi collect semen, 12.30 t/hari OPU.
          Kos : tiada

ALL SUNTIKAN SEPJG TREATMENT
OVIDREL

Temu janji 3

24 September 2011 ( sabtu )

Doc scan seperti biasa, perkembangan ok, dos suntikan Buserelin 0.1 mm diteruskan lagi hingga 27 September 2011 bersama-sama suntikan Puregon dos 200. 27 september 2011 jumpa doc semula, sebab batuk, doc kasi vitamin C.
Kos :

i.             Vitamin C                              - RM 15.00

Total                               RM 15.00


VITAMIN C
JARUM2 SUNTIKAN

Temu janji 2

10 September 2011 ( sabtu )

Bertemu dengan doc, ada 2 couple sedang menunggu doc gak. Vani pembantu doc yang ambik case aku nie panggil untuk ambik darah dulu, ambik darah lagi, kata hati aku. Doc scan seperti biasa, perkembangan ok, akan kurangkan dos suntikan Buserelin ke 0.1 mm bermula 13 September 2011 dan akan start lak suntikan Puregon dos 200 pada 20 Sept 2011 nie. Maknanya pada tarikh tu 2 kali suntik setiap pagi, ngeri bila membayangkan. Ya Allah, restui lah usaha kami untuk memperolehi zuriat nie....

          Kos :

i.             Test Darah & Sperm              - RM 150.00

ii.           Jarum Suntikan ( pen)           - RM   50.00

Total                             RM 200.00
JARUM PUREGON-PEN
UBAT PUREGON
 

Suntikan

30 Ogos 2011 ( selasa )

Hari pertama bermula suntikan Buserelin, 0.5 mm, banyak gak tu. Sakit rasa ubat tu mengalir masuk dalam tubuh ini.. Bermula detik ini, tiap-tiap hari akan melalui saat nie, kanan kiri perutku akan disuntik. Kesan ubat nie teruk sikit pada aku, perut sebu, loya, kepala pening, mudah letih, rasa tak selesa satu badan Restui usaha hamba-Mu ini Ya Allah.
SUNTIKAN BURSELIN

Temu janji 1

27 Ogos 2011 ( sabtu )

Bertemu dengan doctor, ada 2 org patient seblm kami, selepas itu giliran kami. Doctor terangkan prosedur ivf, suami ada sekali untuk mendengar penerangan doctor yg jelas dan terperinci. Jadual rawatan mula dibincangan, doktor syorkan long protocol memandangkan ada masalah cycst seblm ini. Hari ke 21 period, iaitu pd 30 Ogos 2011 ( Selasa ) Hari Raya Pertama mulakan suntikan Burselin setiap pagi jam 7.00, berjumpa kembali doctor pada 10 Ogos 2011 ( sabtu ) selepas 12 hari suntikan Burselin. Kami diminta jalani ujian darah, bab nie yg lemah sikit, fobia bab ambik-ambik darah, nasib cekap pekerjanya ( Vani ) very friendly. Selepas itu diterangkan dengan prosedur nak suntik menyuntik, siap ada lathan pratikal lagi. Suntik menyuntik diserahkan pada my hubby, sbb saya memang takut dgn jarum nie. First time pratikal terjerit, terkejut hubby, mana pernah suntik sambil berdiri, pastu baring lak, baru ok, sakit sikit jer, suntik air, x rasa apa. Saya juga dibekalkan dengan multivitamin, mkn sebiji sehari pada waktu pagi.

Kos :

i.             Pendahuluan rawatan IVF    – RM 6,000.00

ii.           Test Darah                           - RM 150.00

iii.         Scan                                    - RM 100.00

iv.          Ubat                                     - RM 15.00

v.            Deposit Bag ( ubat Burselin )   - RM 50.00

Total                            RM 6, 315.00

Try tanya

16 Julai 2011

Kami terjah jerk ke TMC, ingat nak bertanya-tanya dahulu rawatan ivf di TMC Kuantan. Nasib ada doctor, terus jumpa dan dapat penerangan doctor mengenai ivf. Pembantunya minta sejarah rawatan kami, dokumen memang semua lengkap dalam satu fail.

Kos :

i.             Kos rundingan                       - RM 70.00

ii.           Scan                                    - RM 70.00

iii.         Pendaftaran                         - RM 15.00

Total                             RM 145.00

TMC

27 Ogos 2011 bertemu dengan doctor untuk mulakan rawatan. Aku memilih TMC Kuantan dengan Dr. Nurhazinat. Ketika ini hanya doa yang sentiasa berbicara kepada Yang Esa, Dia memilih hamba-Nya yang tertentu untuk menerima dugaan ini, Hamba redha Ya Allah, namun tiada istilah putus asa untuk kami berusaha, restui lah usaha terakhir kami ini Ya Allah.....

Kehilangan yang tersayang

Tahun 2011, cubaan kali ketiga iui, kalau tak berjaya tekad nak buat ivf sebagai langkah rawatan moden yang terakhir..... sedih  bila doctor scan tgk mcm ada problem, doctor kata perlu jalani pembedahan buang cyct, namanya ‘Teratoma’. Apa Teratoma? Sejenis ketumbuhan berbulu, bermata, berair, ngeri lak bila baca maklumat ini dalam internet.
Tahun ini juga kehilangan orang tersayang mak dan ayah, 7 Januari 2011, mak pergi tinggalkan kami. 13 Januari 2011, selang seminggu selepas itu ayah menyusul pergi jua selamanya. Ketika itu menjalani rawatan iui kedua, tekanan yang amat kuat, berserah sahaja pada Allah SWT. Namun Dia lebih berkuasa, belum lagi dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahaya mata penyeri kehidupan kami.

Ketika jalani rawatan iui kali ketiga, doctor sahkan ada cyct yang perlu dibuang segera. 7 Februari 2011 dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, 9 Februari 2011 akan jalani pembedahan. Alhamdulillah selamat semuanya, 12 Februari 2011 keluar dari hospital, berehat sebulan ( mc ) di rumah emak.

Sebulan kemudian selepas pembedahan, 29 Mac 2011 rawatan susulan di HTAA, doctor sahkan ada 3 cyct iaitu teratoma ( 6 x 6 cm ), fibroid ( 3 x 3 cm ) dan pimbural ( 2 x 2 cm ), semuanya telah dibuang. Kini 6 bulan telah berlalu, aku tekad untuk lakukan ivf setelah berbincang bersama suami.

Rawatan IUI

Tahun 2010, sibuk godam internet cari tentang teknik iui setelah cara normal tak menunujukkan kesan yang positif. Seblm tu cuba rawatan dr tabib Cina, aturan period ok tp masih tiada tanda-tanda pregnent. Akhirnya ambik keputusan mencuba teknik IUI di UIA Kuantan. Dua kali rawatan iui, namun gagal jua......

Berjumpa Prof Murad pada Oktober 2010 telah diperjelaskan sejarah perubatan dan diterangkan berkenaan iui, oleh kerana ketika itu 11 hari period, doktor terlepas prosedur, pohon buat secara normal tapi diberikan suntikan untuk pecah telur pada hari ke-14, suntikan ovidrel.

Namun ia tidak berhasil, pada November 2010, prosedur iui yang pertama dibuat. 24 nov 2010, first day period, 25 nov 2011 start makan ubat clomid 150mg tiga biji sehari sehingga hari ke-6 period. Hari ketujuh suntikan Puregon 100iu selama 3 hari. Hari ke-10 scan TVS, hari ke-11, suntikan ovidrel 6.30 pm, hari ke-13, iui dilaksanakan.

Rawatan iui ke-2 pada period hari ke-2 pada 20 Dis 2010, dengan clomid tiga biji sehari. Suntikan Puregon 100iu hari ke-7 dan 8. Hari ke-9 TVS, hari ke-10 suntikan ovidrel pukul 7.30 pm dan hari ke-12, iui dijalankan jam 8 pagi.

 Kecewa tiada kesan, percubaan iui kali kedua pada Disember 2010..namun ketika ini banyak dugaan dan ujian darinya. Ayah dan emak bergilir-gilir masuk ke hospital, jadi tekanan emosi amat kuat waktu ini melihat kesakitan yang ditanggung emak dan ayah.
Ya, Allah berikan kekuatan kepada hamba-Mu ini..............

 Temu janji pada 24 Jan 2011, ketika ini Prof Roszaman kesan ada cycst..............

Ebook

Tahun 2009, sibuk godam internet cari tentang kehamilan, beli 2 buah ebook dari dua penulis yang pernah mengalami saat kesukaran mendapatkan anak. Mencuba semua yang disarankan, makin pakar ngan kesuburan....

Umrah

Tahun 2008, tamat pengajian di peringkat ‘Master’, ada hajat gak nak sambung PHD, tapi soal nak dapatkan anak kena pikir nie. Bulan Mei tunaikan umrah bersama mak, abg dan kakak ipar...

Give up

Tahun 2007, give up ulang alik ke Hospital, akhirnya terus tak gie, asyik tangguh temu janji, doctor tiada, kursus, cuti lah, mcm2....

Back to school

Tahun 2006, menjalani pembedahan kecil untuk membuang cyst di Hospital, laporan doctor kata semuanya ok. Bosan dan sunyi, akhirnya ambik keputusan untuk sambung pelajaran ke peringkat ‘Master’ di UPM, dalam ‘course’ Corporate Comm.

Di sini ia bermula

Tahun 2005, setahun sudah berlalu, tiada tanda-tanda untuk mengandung lagi. Jalani rawatan di Klinik Swasta, terlihat ada satu ketumbuhan, dirujuk ke Hospital. Bermula saat ini, berulang alik ke Hospital untuk rawatan, disamping rawatan kesuburan, dibekalkan ubat subur selama lebih kurang 6 bulan.

Bermula sebuah kehidupan baru

Tahun 2004 perancangan untuk mendirikan ‘masjid’, Insya Allah pada bulan Jun, waktu cuti sekolah. Sibuk lah sikit ngan macam-macam perkara yang hendak dilakukan. Walaupun pelbagai dugaan dan ujian, kami selamat mendirikan ‘Masjid’ yang penuh dengan ranjau dan duri untuk mendirikannya kerana manusia.......