Saturday 31 December 2011

Hingga kini...

31 Dis 11 ( Sabtu )

Setelah keluar hospital, masih lagi bergantung pada ubat  untuk menggelakkan muntah yang teruk nie. Sekarang berehat di rumah adik, tekak masih lagi rasa payau yang melampau, makan minum semua rasa tak berapa nak lalu, paksa makan sikit2 demi untuk baby ini. Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini...sembuhkan semua sakit hamba-Mu ini...Amin...

Masuk hospital lagi...

19 Dis 11 ( Isnin )

Alahan yang teruk, langsung x boleh makan, berat dah turun 9 kilo. Call Doc, dia minta masuk wad sbb langsung x boleh makan dan minum. 6 hari di hospital, 12 botol air masuk dalam badan nie. Ya Allah, kuatkan semangat hamba-Mu ini....

Kos Rawatan          :        RM 2, 230.00

Temu janji 12

13 Dis 11 ( Selasa )

Memang alahan makin teruk, blog pun lama x updated, tak boleh ngadap notebook nie. Doktor minta rehat banyak2 sbb risiko  pendarahan mungkin berlaku lagi.
Kos :
i.             Rundingan                            - RM 40.00
ii.           Scan                                    - RM 50.00
iii.         Ubat                                    - RM 13.40
iv.          Test                                     - RM   6.00
Total                              RM 109.40

Temu janji 10

29 Nov 11 ( Selasa )

Memang alahan makin teruk, blog pun lama x updated, tak boleh ngadap notebook nie. Doktor minta rehat banyak2 sbb risiko  pendarahan mungkin berlaku lagi, dibekalkan lagi standby ubat untuk suntikan.

Kos :

i.             Rundingan                            - RM 40.00

ii.           Scan                                    - RM 50.00

iii.         Ubat                                    - RM 339.00

Total                             RM 429.00

Masuk Wad

22 Nov 11 ( Selasa )

Pukul 11 malam, seblm nak masuk ubat Cyclogest, muntah teruk sampai terasa ada air mengalir ingat ke terkencing sbb teruk amat muntah. Ya Allah tengok2 darah yang mengalir. Sapu dengan tisu, ada ketulan daging terkeluar, Ya Allah kenapa nie, perkara buruk menghantui diri. Emak panggil hubby, siap2 nak ke klinik, hanya air mata menitis dalam perjalanan ke klinik. Dah tutup klinik, kami terus ke hospital, bahagian kecemasan. Setelah pemeriksaan diminta masuk wad untuk pemeriksaan doctor pakar. Aku ditahan wad selama seminggu di sini, keluar wad 28 Nov. Ya Allah, kuat dugaan nie, tabahkan hati hamba-Mu ini.