Ini lah catatan minggu-minggu yang dilalui diriku sepanjang tempoh kehamilan ini...
Tuesday, 21 February 2012
Minum air gula
20 Feb
12 ( Isnin )
Sebelum tu kena puasa malam tadi last makan kul 10
malam. Pagi2 gie klinik, ramai gak kena minum air gula. Aku orang last minum,
adoi sebelum tu ambik darah. Satu mug kena minum, ngeri betoi...manis yg
amat...semuanya dapat dilalui dengan baik. 2 jam lagi kena puasa, pastu ambik
darah balik baru lah boleh makan...seksa perut, selalu makan awal. Alhamdulillah selamat semuanyer...
Temu janji i
17 Feb
12 ( Jumaat )
Lama nyer menunggu proses nak jumpa doc nie...last2
dimaklumkan Doc tiada, ubat muntah nak habis nie. Akhirnya jumpa Doc pakar, dia
minta hentikan pengambilan ubat tu, tak baik untuk baby...akur je lah...takut
gak, esok try tinggalkan ubat tu, kebetulan tak kerja...
Buka buku ( merah )
13 Feb
12 ( Isnin )
Pergi ke Klinik Desa untuk buka buku....lama gak
proses nyer, terus diberi pemeriksaan dan rawatan. 20hb Feb kena minum air
gula, adoi!!!!!! Banyak dgr cerita tak sedap bab air gula nie..sabar jer
lah...17hb Feb jumpa Doc di klinik kerajaan...
Syukur Alhamdulillah
07 Feb
12 ( Rabu )
Alhamdulillah berkat doa dan solat hajat ahli-ahli
keluarga, diri makin sihat dan sudah mula bekerja semula setelah hampir 4 bulan
lebih bercuti. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kesihatan yang semakin baik
ini.
Temu janji 14
01 Feb
12 ( Rabu )
Alhamdulillah makin sihat, tetapi masih gak makan
ubat muntah. Berat badan pun dah naik sikit...syukur Alhamdulillah pada Allah
SWT...
Kos :
i.
Rundingan - RM 40.00
ii.
Scan - RM 50.00
iii.
Ubat - RM 13.00
iv.
Test ( air
kencing ) - RM 6.00
Total RM 109.00
Temu janji 13
25 Jan
12 ( Rabu )
Masih bergantung pada ubat muntah, boleh makan
sikit-sikit, tapi badan masih lemah lagi. Ujian darah menunjukkan ada tiroid
lak...kena makan ubat...
Kos :
i.
Rundingan - RM 40.00
ii.
Scan - RM 50.00
iii.
Ubat - RM 10.50
Total RM 100.50
Masuk air lagi...
19 Jan
12 ( Khamis )
Teruk keadaan diri nie, berat turun 13 kg, Doc
makin risau, jika terus begini akan effect pd baby dalam kandungan. Masuk air
di TMC 4 botol dari pagi sampai petang. Petang tu baru ada tenaga sikit, kalau
tak nak jalan pun tidak berdaya, kena papah. Berlinang air mata menahan rasa
tidak berdaya segala kudrat badan dah tiada lagi...
Kos :
i.
Rundingan - RM 40.00
ii.
Scan - RM 50.00
iii.
Rawatan - RM 320.00
iv.
Test Darah - RM 200.00
Total RM 610.00
Hospital lagi...
6 Jan
12 ( Sabtu )
Alahan teruk, masuk hospital lagi, masuk air, 4
hari di hospital....Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini.
Kos Rawatan -
RM 1,700.00
Temu janji 11
29 Nov
11 ( Selasa )
Jumpa Doc lg dan masih perlu berehat sebaik mungkin.
Kos :
i.
Rundingan - RM 40.00
ii.
Scan - RM 50.00
iii.
Ubat - RM 152.80
Total RM 242.80
Subscribe to:
Posts (Atom)