Wednesday, 18 July 2012
Dunia Baru
18
Julai 2012 ( Rabu )
Bermula lah semua perkara dibuat sendiri, kecuali
memasak mak mertua yang buat. Penat lah sikit tapi demi anak rela berkorban.
Jumpa Doc
16
Julai 2012 ( Isnin )
Jumpa Doc, Alhamdulillah tak ramai orang, semuanya
ok, terus pulang ke rumah mak mertua dan cuti bersalin di sini lak.
Suntikan Hepatitis-2nd Dose
13
Julai 2012 ( Jumaat )
Suntikan di klinik desa, seram gak nak pegang peha
baby, menangis anakku sayang. 16 Julai 2012 diminta berjumpa dengan Doc lak.
Berat 3.7 kg, tinggi 53 cm.
Perubahan Hidup
15 Jun
12 – 12 Julai 12
Dalam tempoh sebulan menjaga baby nie rasanya
banyak pengorbanandlakukan terutama dari segi masa. Malam bermula jam 12 ke
atas dia akan kerap amat terjaga sehingga pukul 7 pagi. Siangnya baby banyak
tido, aku cuba gak ikut cara dia tapi rasa tak boleh sebab tak biasa tido waktu
siang, agak penat dan letih dengan perubahan waktu nie.
19hb Jun 2012, jururawat datang ke rumah, katanya
bawa ke klinik, baby ada kuning, dalam seminggu nie berulang alik ke klinik,
Alhamdulillah, semakin menurun dan tiada kuning lagi. Hari nie juga baby cukur
rambut, daftar nama di JPN, buat akikah, Alhamdulillah semuanya dalam 7 hari
selepas kelahirannya, ambik berkat sunnah Rasulullah SAW.
Detik mendebarkan
13 Jun
12 ( Rabu )
Pukul 8.00 pagi, jururawat minta bersiap-siap untuk
bersihkan diri bagi persediaan ke dewan pembedahan. Ubat antibiotak diberikan,
dipasang tali air kencing tapi sakit yang amat sehingga terpaksa dibuang,
ngeri, ini lah pengalaman berulang berlaku semasa pembedahan ketumbuhan pada
tahun lepas. Jururawat maklum akan dipasang selepas ubat bius diberikan untuk
tidak merasakan kesakitan berulang. Menunggu dipanggil ke dewan pembedahan
sehingga terlelap di katil, lebih kurang pukul 11.30 dipanggil untuk ke dewan
pembedahan, sempat lagi minta suami doakan semoga semuanya selamat.
Dalam dewan berkenaan disambut dengan salam oleh
Doc bius, baik orangnya, rasa lapang hati. Bermula detik mendebarkan, suntikan
bius diberikan, suasana sejuk amat membuatkan diri ini menggigil kesejukan,
beberapa helai selimut membalut diri, namun kesejukannya amat terasa. Setelah
itu, Doc membuat pemeriksaan di perut, perlu lakukan bukaan yang baru
memandangkan pembedahan sebelum ini senget dan agak ke atas, ikut lah Doc mana
yang baik. Terasa kebas separuh badan, rupanya sudah bermula detik itu, bunyi
alatan, bunyi suara percakapan Doc dengan bualan isu semasa membuatkan aku
sedikit terleka dalam debaran yang amat.
Lebih kurang sejam kemudian terdengar Doc
berkata-kata, “Jangan tarik”, apa hal lak nie..rupanya baby tak boleh keluar,
memerlukan bantuan beberapa jururawat untuk menolak dan menekan dari atas
perut. Seminit kemudian terdengar tangisan kuat, ditunjukkan pada aku dengan
pertanyaan lelaki atau perempuan, “perempuan” jawap aku dengan sebak di dada
yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui,
air mata mula bertakung, puas menahan agar tak mengalir memandangkan Doc bius hampir
sangat dengan aku.
Alhamdulillah, akhirnya my baby girl selamat
dilahirkan jam 12.23 tengahari, dengan berat 2.41 kg. Bermula lah detik baru
dalam kehidupan kami berdua, kelahiran ini diharapkan akan menjadikan penyeri
terindah buat kami. 15hb Jun 2012, keluar dari hospital, cuti bersalin di rumah
emak.
MUIP Kuantan
12 Jun
12 ( Selasa )
Pukul 2.30 petang bertolak dari rumah dan sampai di
hotel untuk check in, kemudian menikmati makanan kegemaran steamboat sebelum
kena daftar masuk wad pukul 8.00 malam. Rasa hati ketika ini berdebar-debar
yang amat, banyak pengalaman ngeri semasa di hospital menambah ketakutan dalam
hati ini. Selepas solat maghrib daftar masuk wad, seperti biasa, ambik darah,
dipasang mesin untuk melihat perkembangan baby dalam perut. Prosedur pada hari
esok, malamnya rasa tak lena nak lelapkan mata....
Subscribe to:
Posts (Atom)