Pukul 8.00 pagi, jururawat minta bersiap-siap untuk
bersihkan diri bagi persediaan ke dewan pembedahan. Ubat antibiotak diberikan,
dipasang tali air kencing tapi sakit yang amat sehingga terpaksa dibuang,
ngeri, ini lah pengalaman berulang berlaku semasa pembedahan ketumbuhan pada
tahun lepas. Jururawat maklum akan dipasang selepas ubat bius diberikan untuk
tidak merasakan kesakitan berulang. Menunggu dipanggil ke dewan pembedahan
sehingga terlelap di katil, lebih kurang pukul 11.30 dipanggil untuk ke dewan
pembedahan, sempat lagi minta suami doakan semoga semuanya selamat.
Dalam dewan berkenaan disambut dengan salam oleh
Doc bius, baik orangnya, rasa lapang hati. Bermula detik mendebarkan, suntikan
bius diberikan, suasana sejuk amat membuatkan diri ini menggigil kesejukan,
beberapa helai selimut membalut diri, namun kesejukannya amat terasa. Setelah
itu, Doc membuat pemeriksaan di perut, perlu lakukan bukaan yang baru
memandangkan pembedahan sebelum ini senget dan agak ke atas, ikut lah Doc mana
yang baik. Terasa kebas separuh badan, rupanya sudah bermula detik itu, bunyi
alatan, bunyi suara percakapan Doc dengan bualan isu semasa membuatkan aku
sedikit terleka dalam debaran yang amat.
Lebih kurang sejam kemudian terdengar Doc
berkata-kata, “Jangan tarik”, apa hal lak nie..rupanya baby tak boleh keluar,
memerlukan bantuan beberapa jururawat untuk menolak dan menekan dari atas
perut. Seminit kemudian terdengar tangisan kuat, ditunjukkan pada aku dengan
pertanyaan lelaki atau perempuan, “perempuan” jawap aku dengan sebak di dada
yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui,
air mata mula bertakung, puas menahan agar tak mengalir memandangkan Doc bius hampir
sangat dengan aku.
Alhamdulillah, akhirnya my baby girl selamat
dilahirkan jam 12.23 tengahari, dengan berat 2.41 kg. Bermula lah detik baru
dalam kehidupan kami berdua, kelahiran ini diharapkan akan menjadikan penyeri
terindah buat kami. 15hb Jun 2012, keluar dari hospital, cuti bersalin di rumah
emak.
No comments:
Post a Comment