Bertemu dengan doctor, ada 2 org patient seblm kami, selepas itu giliran kami. Doctor terangkan prosedur ivf, suami ada sekali untuk mendengar penerangan doctor yg jelas dan terperinci. Jadual rawatan mula dibincangan, doktor syorkan long protocol memandangkan ada masalah cycst seblm ini. Hari ke 21 period, iaitu pd 30 Ogos 2011 ( Selasa ) Hari Raya Pertama mulakan suntikan Burselin setiap pagi jam 7.00, berjumpa kembali doctor pada 10 Ogos 2011 ( sabtu ) selepas 12 hari suntikan Burselin. Kami diminta jalani ujian darah, bab nie yg lemah sikit, fobia bab ambik-ambik darah, nasib cekap pekerjanya ( Vani ) very friendly. Selepas itu diterangkan dengan prosedur nak suntik menyuntik, siap ada lathan pratikal lagi. Suntik menyuntik diserahkan pada my hubby, sbb saya memang takut dgn jarum nie. First time pratikal terjerit, terkejut hubby, mana pernah suntik sambil berdiri, pastu baring lak, baru ok, sakit sikit jer, suntik air, x rasa apa. Saya juga dibekalkan dengan multivitamin, mkn sebiji sehari pada waktu pagi.
Kos :
i. Pendahuluan rawatan IVF – RM 6,000.00
ii. Test Darah - RM 150.00
iii. Scan - RM 100.00
iv. Ubat - RM 15.00
v. Deposit Bag ( ubat Burselin ) - RM 50.00
Total RM 6, 315.00
No comments:
Post a Comment