5 minit sebelum kul 11 pagi, Vani call tanya di mana? Nak pastikan sampai tepat pada masanya. Kul 11 pagi sampai di TMC, disediakan bilik utk persediaan OPU, tukar pakaian yang disediakan. Hubby serahkan semen kul 11.30 pagi. Kul 12.15, masuk jarum dan dibawa ke bilik khas untuk prosedur OPU. Dr. Nur, mulakan dengan kalimah Bismilahhirrahmahnirrahim......pastu diusap-usapkan tanganku, kemudian aku terlena, tak sedar...
Entah mcm mana aku boleh sedar, OPU sedang dijalankan, adoi sakitnyer tapi mata tetap terpejam dan suara pun tak terkeluar. Kul 2.30 petang aku dipindahkan ke bilik untuk berehat, kemudian hubby dan mak datang, tak lama aku terlena. Kul 5 ptg terjaga, rasa pening2 sikit, call hubby untuk datang. Kul 5.30 blk berehat di homestay yang dicari sebelum ini. Ya Allah, malam tu tak boleh tido, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Kos :
i. Rawatan IVF - RM 4,000.00
No comments:
Post a Comment