Wednesday, 5 October 2011

Temu janji 6 ( ET )

04 Oktober 2011 ( selasa )

Hari nie ET, berdebar-debar rasannya. Kul 11.20 bertolak ke TMC dgn hubby serta temannya. Hubby demam lak, jadi temannya drive. 11.45 jumpa doctor, maklum result OPU. 12 telur diambil, 10 telur ok, setelah disenyawakan, 8 yang jadi, namun 6 yang berkualiti. 3 akan ditransfer dan 3 disimpan. Doc terangkan risiko2 kalau jadi kembar, tandatangan, selepas  tu tukar baju utk ke bilik khas. Dalam kul 12 t/hari masuk bilik, staff2 TMC buat persediaan, kena cuci lebih sikit, ada kesan darah beku, effect prosedur OPU, patut laah sakit amat, setelah selesai doc dipanggil. Berdebar2 semasa proses ini, hanya doa kpd Yang Esa....

Kul 12.30 prosedur selesai, kena rehat sejam dlm bilik tu. Slps sejam dipindahkan ke katil dan rehat sejam lg. Dalam kul 2.30 hubby dtg, ada lg ubat suntikan pregnly dan ubat Cyclogest utk kuatkan dalaman rahim. Ambik darah 17hb Okt, 18hb Okt jumpa doc semula.

          Kos :

i.             ICSI                                      - RM 1,000.00

ii.           Ubat                                    - RM    400.00

iii.         Test Darah                           - RM     100.00

Total                                RM 1,500.00

No comments:

Post a Comment