Wednesday, 18 July 2012

Dunia Baru

18 Julai 2012 ( Rabu )

Bermula lah semua perkara dibuat sendiri, kecuali memasak mak mertua yang buat. Penat lah sikit tapi demi anak rela berkorban.

Jumpa Doc

16 Julai 2012 ( Isnin )

Jumpa Doc, Alhamdulillah tak ramai orang, semuanya ok, terus pulang ke rumah mak mertua dan cuti bersalin di sini lak.

Suntikan Hepatitis-2nd Dose

13 Julai 2012 ( Jumaat )

Suntikan di klinik desa, seram gak nak pegang peha baby, menangis anakku sayang. 16 Julai 2012 diminta berjumpa dengan Doc lak. Berat 3.7 kg, tinggi 53 cm.

Perubahan Hidup

15 Jun 12 – 12 Julai 12 

Dalam tempoh sebulan menjaga baby nie rasanya banyak pengorbanandlakukan terutama dari segi masa. Malam bermula jam 12 ke atas dia akan kerap amat terjaga sehingga pukul 7 pagi. Siangnya baby banyak tido, aku cuba gak ikut cara dia tapi rasa tak boleh sebab tak biasa tido waktu siang, agak penat dan letih dengan perubahan waktu nie.

19hb Jun 2012, jururawat datang ke rumah, katanya bawa ke klinik, baby ada kuning, dalam seminggu nie berulang alik ke klinik, Alhamdulillah, semakin menurun dan tiada kuning lagi. Hari nie juga baby cukur rambut, daftar nama di JPN, buat akikah, Alhamdulillah semuanya dalam 7 hari selepas kelahirannya, ambik berkat sunnah Rasulullah SAW.

Detik mendebarkan

13 Jun 12 ( Rabu )

Pukul 8.00 pagi, jururawat minta bersiap-siap untuk bersihkan diri bagi persediaan ke dewan pembedahan. Ubat antibiotak diberikan, dipasang tali air kencing tapi sakit yang amat sehingga terpaksa dibuang, ngeri, ini lah pengalaman berulang berlaku semasa pembedahan ketumbuhan pada tahun lepas. Jururawat maklum akan dipasang selepas ubat bius diberikan untuk tidak merasakan kesakitan berulang. Menunggu dipanggil ke dewan pembedahan sehingga terlelap di katil, lebih kurang pukul 11.30 dipanggil untuk ke dewan pembedahan, sempat lagi minta suami doakan semoga semuanya selamat.

Dalam dewan berkenaan disambut dengan salam oleh Doc bius, baik orangnya, rasa lapang hati. Bermula detik mendebarkan, suntikan bius diberikan, suasana sejuk amat membuatkan diri ini menggigil kesejukan, beberapa helai selimut membalut diri, namun kesejukannya amat terasa. Setelah itu, Doc membuat pemeriksaan di perut, perlu lakukan bukaan yang baru memandangkan pembedahan sebelum ini senget dan agak ke atas, ikut lah Doc mana yang baik. Terasa kebas separuh badan, rupanya sudah bermula detik itu, bunyi alatan, bunyi suara percakapan Doc dengan bualan isu semasa membuatkan aku sedikit terleka dalam debaran yang amat.

Lebih kurang sejam kemudian terdengar Doc berkata-kata, “Jangan tarik”, apa hal lak nie..rupanya baby tak boleh keluar, memerlukan bantuan beberapa jururawat untuk menolak dan menekan dari atas perut. Seminit kemudian terdengar tangisan kuat, ditunjukkan pada aku dengan pertanyaan lelaki atau perempuan, “perempuan” jawap aku dengan sebak di dada yang hanya Allah sahaja Maha  Mengetahui, air mata mula bertakung, puas menahan agar tak mengalir memandangkan Doc bius hampir sangat dengan aku.

Alhamdulillah, akhirnya my baby girl selamat dilahirkan jam 12.23 tengahari, dengan berat 2.41 kg. Bermula lah detik baru dalam kehidupan kami berdua, kelahiran ini diharapkan akan menjadikan penyeri terindah buat kami. 15hb Jun 2012, keluar dari hospital, cuti bersalin di rumah emak.

MUIP Kuantan

12 Jun 12 ( Selasa )

Pukul 2.30 petang bertolak dari rumah dan sampai di hotel untuk check in, kemudian menikmati makanan kegemaran steamboat sebelum kena daftar masuk wad pukul 8.00 malam. Rasa hati ketika ini berdebar-debar yang amat, banyak pengalaman ngeri semasa di hospital menambah ketakutan dalam hati ini. Selepas solat maghrib daftar masuk wad, seperti biasa, ambik darah, dipasang mesin untuk melihat perkembangan baby dalam perut. Prosedur pada hari esok, malamnya rasa tak lena nak lelapkan mata....

Temu janji vi

04 Jun 12 ( Isnin )

Pemeriksaan di Klinik Desa, sebelah pagi, seperti biasa test urine dan pemeriksaan kandungan serta taklimat persediaan untuk bersalin.

Temu janji 19

30 Mei 12 ( Rabu )

Temujanji di MUIP, TMC Kuantan telah mula menutup operasi mereka, sedih lak...scan baby Alhamdulillah sihat dan membesar dengan baik, berat 2.3 kg. Perbincangan dengan Doc untuk kelahiran secara caesarean dan 13 Jun 2012, jam 10.00 pagi telah dipilih mengambil kira risiko yang tinggi bagi kelahiran normal.   

Kos :

Total                                      RM 70.00