Sunday, 2 October 2011

Kehilangan yang tersayang

Tahun 2011, cubaan kali ketiga iui, kalau tak berjaya tekad nak buat ivf sebagai langkah rawatan moden yang terakhir..... sedih  bila doctor scan tgk mcm ada problem, doctor kata perlu jalani pembedahan buang cyct, namanya ‘Teratoma’. Apa Teratoma? Sejenis ketumbuhan berbulu, bermata, berair, ngeri lak bila baca maklumat ini dalam internet.
Tahun ini juga kehilangan orang tersayang mak dan ayah, 7 Januari 2011, mak pergi tinggalkan kami. 13 Januari 2011, selang seminggu selepas itu ayah menyusul pergi jua selamanya. Ketika itu menjalani rawatan iui kedua, tekanan yang amat kuat, berserah sahaja pada Allah SWT. Namun Dia lebih berkuasa, belum lagi dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahaya mata penyeri kehidupan kami.

Ketika jalani rawatan iui kali ketiga, doctor sahkan ada cyct yang perlu dibuang segera. 7 Februari 2011 dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, 9 Februari 2011 akan jalani pembedahan. Alhamdulillah selamat semuanya, 12 Februari 2011 keluar dari hospital, berehat sebulan ( mc ) di rumah emak.

Sebulan kemudian selepas pembedahan, 29 Mac 2011 rawatan susulan di HTAA, doctor sahkan ada 3 cyct iaitu teratoma ( 6 x 6 cm ), fibroid ( 3 x 3 cm ) dan pimbural ( 2 x 2 cm ), semuanya telah dibuang. Kini 6 bulan telah berlalu, aku tekad untuk lakukan ivf setelah berbincang bersama suami.

No comments:

Post a Comment