Sunday, 2 October 2011

Rawatan IUI

Tahun 2010, sibuk godam internet cari tentang teknik iui setelah cara normal tak menunujukkan kesan yang positif. Seblm tu cuba rawatan dr tabib Cina, aturan period ok tp masih tiada tanda-tanda pregnent. Akhirnya ambik keputusan mencuba teknik IUI di UIA Kuantan. Dua kali rawatan iui, namun gagal jua......

Berjumpa Prof Murad pada Oktober 2010 telah diperjelaskan sejarah perubatan dan diterangkan berkenaan iui, oleh kerana ketika itu 11 hari period, doktor terlepas prosedur, pohon buat secara normal tapi diberikan suntikan untuk pecah telur pada hari ke-14, suntikan ovidrel.

Namun ia tidak berhasil, pada November 2010, prosedur iui yang pertama dibuat. 24 nov 2010, first day period, 25 nov 2011 start makan ubat clomid 150mg tiga biji sehari sehingga hari ke-6 period. Hari ketujuh suntikan Puregon 100iu selama 3 hari. Hari ke-10 scan TVS, hari ke-11, suntikan ovidrel 6.30 pm, hari ke-13, iui dilaksanakan.

Rawatan iui ke-2 pada period hari ke-2 pada 20 Dis 2010, dengan clomid tiga biji sehari. Suntikan Puregon 100iu hari ke-7 dan 8. Hari ke-9 TVS, hari ke-10 suntikan ovidrel pukul 7.30 pm dan hari ke-12, iui dijalankan jam 8 pagi.

 Kecewa tiada kesan, percubaan iui kali kedua pada Disember 2010..namun ketika ini banyak dugaan dan ujian darinya. Ayah dan emak bergilir-gilir masuk ke hospital, jadi tekanan emosi amat kuat waktu ini melihat kesakitan yang ditanggung emak dan ayah.
Ya, Allah berikan kekuatan kepada hamba-Mu ini..............

 Temu janji pada 24 Jan 2011, ketika ini Prof Roszaman kesan ada cycst..............

No comments:

Post a Comment